RSS Feed  

Perihal pasal Linux yang korang patut tahu

Jumaat, 28 November 2008 Kategori: IT Umum
 

Post aku yang kali ni untuk orang yang beginner, yang berminat pasal Linux. Bukan untuk orang yang dah terel pasal Linux, pasal confirm aku kena pangkah baek punya nanti. Hahaha.

Linux ialah sejenis operating system (OS), macam Microsoft Windows yang korang pakai sekarang ni. Kalau takde OS, komputer korang tu sama saja macam pemberat kertas. OS membolehkan korang buat kerja, main internet, dengar lagu Mp3 dan 1001 lagu perkara orang zaman sekarang buat dengan komputer.

Apa yang hebat sangat pasal Linux ni, sampaikan orang yang kalau hebat IT ni suka sangat puja-puji? Kalau pada pendapat aku:-

  1. Open source. Takyah risau pasal nak beli CD original, macam Microsoft Windows, yang korang kena pakai yang original saja, kalau tak kena denda kalau kantui.
  2. Stabil. Windows senang hang atau menjadi lembab. Linux tak.

Dua sebab tu saja, pada aku, yang relevan untuk orang beginner tau. Pasalnya, kalau korang pakai komputer setakat nak main internet atau buat kerja pakai Microsoft Office saja, rasanya, dua sebab tu dah cukup penting.

Biasanya, orang yang terel IT ni akan pakai Linux ni sebab dah boring pakai Windows. Ataupun, bila derang nak buat server, sebab server ni tak boleh hang atau lembab-lembab. Microsoft ada juga buat Windows untuk server punya, tapi mahal gile. Jadi, derang pakai la Linux.

Tapi, dalam 2-3 tahun ni, orang yang buat Linux ni dah mula menjadikan Linux ni senang, supaya orang beginner pun boleh pakai. Contohnya, macam satu jenis Linux ni, yang bernama Ubuntu. Untuk siapa yang dah biasa pakai Windows, senang saja bila korang nak tukar kepada pakai Ubuntu Linux ni. Syarikat komputer Dell pun dah buat komputer yang dah siap install dengan Ubuntu, yang kalau korang nak tau, harga dia lagi murah berbanding dengan komputer yang dah siap install dengan Windows. Komputer yang dah install dengan Windows tu mahal sebabnya harga Windows tu dah masuk sekali dengan harga komputer tu.

Harapnya post kali ni menjawab persoalan korang yang beginners pasal Linux.


Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
 
Best Malaysian Sites
Best blogs on Technology and Science
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008