Hal berkongsi ilmu
| Selasa, 25 November 2008 |
Kategori:
IT Umum |
| |
Dulu orang selalu bertanya kepada aku, “Kenapa kau tak nak jadi lecturer?”. Jawapan aku senang saja, kerana duhulu aku bukannya rajin belajar sangat, pergi kelas pun ponteng, kalau masuk lab komputer pun, main chatting sampai macam nak kena lempang dengan lecturer. Jadi, taklah pendek sangat jawapan tu, tapi, rasanya korang boleh faham sendiri.
Orang kata aku hebat, sebab tanya saja apa-apa benda dalam IT, Insya Allah aku boleh jawab. Aku kata pada derang yang aku taklah hebat sebenarnya, cuma aku ada ilmu lebih yang korang takde. Korang takde sebab korang tak cari ilmu tu. Bukan nak kata korang malas, tapi sebab aku minat, dan korang tak minat. Jadinya, pada aku, kalau korang ada ilmu, tapi korang tak kongsi dengan orang, buang karen saja.
Orang dah mula berkongsi ilmu sejak dari zaman dulu lagi. Bayangkan, kalau Qabil tak kongsi ilmu menanam orang yang dah mati, pada pendapat aku tak pelik kalau sampai sekarang orang masih tak reti menanam mayat orang mati. Dan, ilmu tu pun sebenarnya dia dapat daripada meniru burung yang menanam member seburungnya yang mati, atas ilham daripada Allah SWT nak menunjukkan macam mana nak handle mayat orang mati. Dan kalaulah pada zaman tu dah ada ramai orang, dan ramai orang tu dah ada PC yang ada internet, dan Qabil pula pandai buat blog, mesti blog Qabil dapat ranking tertinggi Google.
Dan hal yang sama mungkin boleh aku guna-pakai, sebab mengapa aku buat blog Lepak-IT.com. Aku nak kongsi maklumat dekat orang yang takde maklumat. Mudah. Tapi, yang penting pendekatan aku tak macam buku teks ataupun kertas tesis. Pada aku, yang penting orang lain faham dengan mudah apa yang aku nak kongsikan. Lagipun, tak guna korang berbincang atau berkongsi satu-satu perkara dengan orang yang memang dah terel dalam satu-satu hal, sebabnya, akhirnya korang hanya nak tunjuk terel antara satu sama lain.
Orang juga tuduh aku buat blog sebab nak duit dari Google Adsense. Tuduhan itu pada aku benar, tiada yang palsu. Aku jawab dengan gentleman macam Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Dalam dunia kapitalis hari ini, tiada siapa yang tak mahu duit lebih. Sebabnya, kalau korang kata aku mata duitan, sepatutnya orang yang tuduh aku buat blog tak ikhlas ni terlebih dahulu buang iklan Google Adsense dia, kemudian tulis buku teks atau kertas tesis sahaja.
|