RSS Feed  

Alternatif percuma kepada Microsoft Office

Rabu, 19 November 2008 Kategori: Artikel Pilihan, Perisian (Software)
 

Rasanya sekarang ni semua orang reti pakai Office, biasanya Microsoft Office la. Korang boleh tulis surat, buat novel, buat jadual, buat presentation, buat akaun kunci kira-kira, dan memacam lagi. Microsoft Office tu, biasanya, pakai Word, Excel dan PowerPoint la kan. Dan, biasanya, korang pakai yang cetak rompak punya! Ala, jangan la tak ngaku, kalau kat umah tu, boleh la dibilang dengan jari berapa kerat je la yang beli Microsoft Office yang original. Alasan biasa, yang original mahal, harga biasa dalam RM229, ni baru Office Home & Student, 3 users license. Yang pirate baru RM5 atau RM8!

Jadi, daripada korang kena tangkap, dan kena denda atau paling teruk kena jail sebab pakai software yang pirate, korang pakai la yang free punya.

Paling femes yang biasanya syarikat-syarikat biasanya pakai sebab tanak beli Microsoft Office yang original ni ialah OpenOffice. Korang boleh pegi www.openoffice.org kalau nak download. Benda ni ada semua benda yang Microsoft Office ada. Lengkap selengkap-lengkapnya. Open source pulak tu. Korang boleh bukak semua format Microsoft Office pakai OpenOffice, jadinya, kalau ada orang bagi attachment kat email pakai format Microsoft Word, korang boleh pakai Writer (OpenOffice punya word processor).

Lepas tu, untuk orang atau kompeni yang biasanya setakat tulis surat je, derang akan pakai AbiWord. AbiWord ni ialah seekor word processor yang sama level dengan Microsoft Word. Korang boleh pergi www.abisource.com untuk download.

Terbaru dalam pasaran office software yang free ni, ialah SoftMaker Office. Pegi www.softmakeroffice.com untuk download. Aku dah try yang ni, memang laju macam yang derang cakap. Derang ada dua benda je, satu word processor (macam Microsoft Word), dan satu lagi spreadsheet (macam Microsoft Excel). Katanya spreadsheet derang ni hebat macam Excel tu jugak.

Jadi, tunggu apa lagi? Pergi la try sume yang aku dok cerita ni.


Komen untuk “Alternatif percuma kepada Microsoft Office”

  1. Komen oleh Allison Sellers »

    Great website, the information is good, and the content will keep me coming back, thanks again.

Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
 
Best Malaysian Sites
Best blogs on Technology and Science
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008