RSS Feed  

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Isnin, 29 September 2008 Kategori: IT Umum
 

Hoi korang. Hahaha. Lama siot aku dah tak update blog ni, last check 22 hari lepas la kalau ikut tarikh post aku yang last sekali tu.

Jadi, sementelah masih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ni, aku nak mengambil kesempatan ke atas awek yang cun ni untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca setia blog aku. Aku jugak nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kat korang semua. Harap korang memaafkan segala salah dan silap, terkurang dan terkureng aku selama korang membaca blog aku. Mana la tau kot ada yang tersinggung ke, terambik hati ke, tergolek ke, lepas baca blog aku ni, jadi aku mintak halal dunia akhirat.

Macam-macam dah jadi sepanjang 20 hari aku tak update blog ni. Semua ni kerja siang (day job) aku punya pasal la, sibuk tak masuk akal. Bila dah balik umah, lepas bukak puasa tu, memang tak larat dah aku nak mengadap laptop lagi. Eh, aku dah cakap dah benda ni kan? Dan dalam 20 hari ni jugak aku dapat memacam idea nak cerita/kelentong korang lagi pasal benda-benda IT ni. Jadinya, tunggu la post aku yang lepas ni. Pasti hebat, mengancam dan menawan kalbu. Tungguuuu…! (Buat stail macam kat Melodi tu).


Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
 
Best Malaysian Sites
Best blogs on Technology and Science
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008