RSS Feed  

Al-Quran dalam Microsoft Word (Al-Quran Plugin for Microsoft Word)

Isnin, 29 September 2008 Kategori: Artikel Pilihan, Perisian (Software)
 

Aku sekarang ni online pakai wifi kat woksyop kereta Top Speed Kelana Jaya. Jadi, siapa yang nak servis kereta sambil boleh online buat kerja ataupun update blog, pergi la ke Top Speed Kelana Jaya, kat SS 5. Wifi kat sini derang dah lock, korang pergi kat kaunter tanya password tu.

Okey, cerita pasal topik tu, aku nak ceritakan kat korang pasal plugin Microsoft Word ni. Dengan plugin ni, korang akan ada akses ke semua 30 juzuk Al-Quran Al-Karim, terus daripada Microsoft Word. Mamat Indonesia orang Betawi yang buat plugin ni sepatutnya diberikan banyak pujian, pasal effort dia buat plugin ni. Moga Allah S.W.T memberikan dia banyak pahala, memudahkan rezeki dia sebab dia menyenangkan orang print atau baca Al-Quran.

Bila korang dah install plugin tu, nanti dia akan jadi macam ni:

Kalau korang kuat perasan, lepas menu ‘Help’ tu ada menu ‘Al-Quran’.

Kalau korang nak masukkan ayat Al-Quran ke dalam fail Word korang tu, korang klik je kat menu tu, kang ada pilihan:

Dari situ, korang pilih la ayat Al-Quran mana yang korang nak. Akan ada satu pop-up lepas tu:

Nanti, akan keluar macam ni bila korang dah masukkan ayat Al-Quran tu:

Plugin ni ada 6 pilihan bahasa terjemahan, dan Bahasa Melayu ada di antara pilihan tu. Yeay yeay!

Plugin ni korang boleh pakai dengan Word 2000, Word 2002 (XP), Word 2003 dan semua versi Word yang terbaru. Kalau korang pakai Word 97, buang kat lombong je la Word korang tu, sebab kita pun dah tahun 2008.

Berminat? Korang boleh pergi sini:


Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
 
Best Malaysian Sites
Best blogs on Technology and Science
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008