RSS Feed  

Browser terbaru dari Google - Google Chrome

Sabtu, 6 September 2008 Kategori: Artikel Pilihan, Perisian (Software)
 

Selamat Berpuasa semua. Maaf sebab aku lama sangat dah tak update. Kerja berlambak gile kat opis, bila balik aku dah tak larat dah mengadap PC lagi.

Okey, cerita pasal Google Chrome. Kepada sesapa yang tak tau lagi, Google yang hebat tu nak join jugak perang internet browser ni. Jadi, derang buat la Google Chrome. Nama “Chrome” tu katanya datang dari nama interface browser tu, yang derang buat berdasarkan Mozilla Firefox. Takde idea kot nak bagi nama. Memang la derang boleh je buat Google Browser, tapi, kenapa derang tak buat tu aku tak tau.

Kelebihan Google Chrome ni, setakat ni pada aku, hanya disebabkan benda tu dibuat oleh Google. Tu je. Aku dah bandingkan dengan Firefox, semua benda hebat yang Google Chrome tu boleh buat, macam buat search kat Google terus daripada address bar dan macam fast dial tu, semua tu korang boleh dapat dengan pakai Firefox yang ditambah dengan beberapa Add-Ons. Interface dia lawa la, memaksimumkan penggunaan skrin yang ada sebab tab dia letaknya kat atas sekali. Ada la 3-4 ciri-ciri lain lagi yang aku malas nak sebut, tapi sebenarnya semua tu boleh korang buat dengan Firefox ditambah dengan Add-Ons.

Keburukan yang paling nyata, benda ni masih lagi Beta. Jadi, nasib korang la kalau tetiba benda tu crash. Lepas tu, EULA (perjanjian yang biasanya keluar waktu korang nak install software tu) dia tak masuk akal - ada ke patut Google kata, segala data yang kita dapat dari pakai browser tu, ataupun data yang kita hantar pakai browser tu, derang boleh buat sesuka hati mak ayah derang?! Lepas tu, banyak pakai memory la pulak. Add-Ons takde. Dan paling pelik, entah dekat mana dia letak Bookmarks (kalau kat Firefox) atau Favourite (kalau kat IE) tu. Mungkin sebab aku dah biasa sangat pakai Firefox ke, tak tau la kan.

Jadinya, korang boleh la try pakai Google Chrome ni kalau korang nak.

Pegi sini nak download:-


Komen anda?

ARTIKEL PILIHAN
KATEGORI
LINK EXCHANGE
Top 10 Mp3 Download
AhSuez from the blog
 
Best Malaysian Sites
Best blogs on Technology and Science
World Top Sites
Spicy Topsites
Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG
Counter reset pada
22/11/2008