Olympus Mju 1030 - kamera tahan air dan tahan lasak
Aku nak cerita pasal kamera baru aku. Olympus Mju 1030. Power, memang power. Aku beli dekat Digital Mall, Petaling Jaya. Harga? RM1250. Aku ambik memory 2GB (harga tu dah campur sekali). Kualiti gambar? 10.1 megapiksel. Dah nak macam DSLR yang mahal gile tu kualiti gambar dia, tapi yang paling best, aku berani campak ke lantai macam tu je kamera aku tu, tapi orang pakai DSLR akan menangis berguling-guling kalau kamera derang jatuh ke lantai. Kepada yang tak tau kamera DSLR tu ape, tu la kamera yang besar tu, yang macam photographer punye tu, flash dia boleh cabut-cabut, lense dia yang kat depan tu boleh cabut-cabut. Harga paling murah dalam RM3500, untuk kamera saja, tak termasuk flash dan lense.
Kelebihan? Macam yang aku cakap tadi, boleh masuk dalam air dan boleh tahan jatuh. Waktu pergi snorkling kat Pulau Redang 2 minggu lepas, memang best gile. Gambar sume lawa-lawa, tak kira permandangan ataupun ikan dalam air. Kalau amik video pun lawa, kualiti macam kamera video, tapi paling best, boleh masuk dalam air. Kalau ikut spec dia, maksimum 10 meter dalam air, boleh lebih lagi, tapi kena pakai bekas special untuk kamera tu. Aku dah try campak atas meja, bedebuk jatuh, kalau kamera biasa dah pecah dah. Tapi dia takde pape.
Mende lain, ade 24 preset scene mode, yang membolehkan korang amik gambar ikut keadaan yang terbaik. Macam dalam air, ada mode dia, supaya gambar tu jadi lawa dan clear gile. Jadinya, tu baru satu. Ada 23 lagi jenis mode, yang kalau dipilih dengan bijak, gambar yang jadi tu memang lawa gile la.
Untuk yang suka amik gambar yang dedekat, macam amik gambar bunga dengan dekat (letak kamera tu bebetul dekat depan bunga tu), kamera ni ada 3 macro mode, maknanya 3 jenis pilihan keadaan untuk amik gambar dekat gile supaya gambar yang jadi tu lawa gile.
Lepas tu, ada auto mode, untuk yang malas nak ubah mode, jadi kamera tu akan buat mode ikut keadaan cahaya yang terdekat, dan jumlah cahaya yang ada. Aku tak berapa suka auto mode ni, sebab bukan semua keadaan komputer kecik dalam kamera tu boleh bagi gambar yang paling lawa. Ada yang jadi bintik-bintik. Jadi, mode ni biasanya aku guna kalau tempat tu terang gile, macam mengadap matahari.
Lepas tu, ada P mode. P tu maknanya kat sini professional. Jadi, yang ni kamera tu akan jadi macam kamera professional, yang korang boleh ubah-ubah setting nak amik gambar tu, macam ISO, flash, white balance dan memacam lagi, yang aku pun tak berapa paham.
Dan last sekali, ada mode untuk tangan bergegar. Jadi, kalau tangan korang bergegar waktu amik gambar tu, gambar yang jadi tu takde la blur.
Dijumlahkan, semua sekali ada 29 mode, dan aku tengah dok explore lagi semua mode yang ada tu supaya gambar yang jadi tu lawa-lawa dan tak blur. Masalah aku sekarang ni nak mengelakkan gambar tu daripada jadi blur je, yang lain tu aku dah paham dah cemane nak guna.
Jadi, ni la dia rupa kamera tu, sebijik macam aku punya, kaler itam:-

Belakang kamera tu macam ni. Ubah mode gambar tu dengan pusing mende bulat tu, jog dial. Abaikan gambar tipu tu, aku curik gambar ni dari website orang:-

Ni contoh gambar aku amik waktu malam. Blur sikit sebab tak reti ubah ISO ngan shutter speed:-

Ni contoh gambar aku, wife aku amik waktu dalam air:-

Ni contoh gambar permandangan:-

Ni contoh gambar amik dari dekat, macro mode:-

Kesimpulannya, kamera ni memang best, ditambah dengan kecantikan Pulau Redang yang lawa gile. Panjang umur, murah rezeki, memang aku akan pergi lagi dengan wife aku.
|