Aku memblog dari Ayer Hitam, Johor
| Ahad, 10 Ogos 2008 |
Kategori:
IT Umum |
| |
Hari ni aku memblog dari Ayer Hitam, Johor, dari sebuah cyber cafe (CC) yang bernama Saujana. CC yang boleh tahan, banyak jugak aku nampak PC yang ada kat sini. Internet speed boleh tahan, derang pakai Streamyx. PC ada yang Pentium 4, ada yang Pentium 3. Kalau untuk yang main game, aku nampak macam pakai Pentium 4, kalau setakat nak pakai untuk surfing atau buat keje, derang soh pakai Pentium 3. Sume Windows XP tuh. Dan sume ada webcam ngan headphone.
Lepak-IT merekemen CC Saujana, Ayer Hitam, Johor!
Kenapa aku pergi CC? Saja, temankan adik ipar aku, dia boring la kot duduk umah, nak carik Mp3 baru katanya. Jadi, dengan menggunakan skill Googling aku, sekejap je la jumpa Mp3 yang dia nak carik tu. Rujuk sini.
Kat sini, aku kagum dengan kadar penembusan ICT. Bebudak sini nampaknya ramai yang reti pakai PC, ramai yang reti main Counter Strike (macam biasa la kat CC lain pun). Bebudak pempuan, sekolah menengah kot, aku tengok dok tengah sibuk menaip kerja kursus derang, sambil dok browsing Friendster ngan MySpace.
Aku ingat lagi, dulu waktu aku sekolah menengah, aku je la yang sibuk nak hantar kerja kursus bertaip pakai PC, tapi kene reject dengan cikgu aku sebab dia kate tak aci dengan orang lain yang tulis pakai tangan. Tu 13-14 tahun dulu. Tapi sekarang, rasenye sumenye dah kene bertaip pakai PC, wajib ada 1-2 rujukan daripada internet.
Tu je kot.
|