Cuil - search engine terbaru (baru gile beb)
www.cuil.com, ya, ni la dia search engine yang terbaru, yang amat terbaru gile, yang bakal menggegarkan Google. Baru dilancarkan semalam, 28 Julai 2008, masih lagi panas, masih lagi baru, masih lagi dara. Hahaha.
Cuil, yang disebut sebagai “cool” (atau “kul” atau “kool”) ni diasaskan oleh bekas engineer yang pernah bekerja di Google. Agaknya derang pun nak lawan tokey la kot.
Setakat ni, kelebihan Cuil ni pada aku ialah search result dia. Tak macam Google, yang akan kuarkan senarai panjang ke bawah, Cuil ni kuarkan search result dalam 3 column (yang boleh korang adjust jadi 2 column), dan akan ada macam rumusan daripada search result tu, macam korang bukak website berita yang akan ada tajuk berita, dan sikit cerita pasal berita tu.
Lepas tu, kalau search result tu ada macam-macam, Cuil akan siap letak result yang berkaitan dalam tab derang sendiri, dan juga akan dimasukkan dalam kategori-kategori yang berkaitan.
Design dia pun lawa, pakai font yang macam dekat Windows Vista tu.
Untuk setakat ni, pada waktu aku tulis post yang ni, Cuil dah ada 121,617,892,992 (120 bilion) web pages yang derang dah index dalam database derang. Banyak gile tu seh.
Jadi, mari la kita try beramai-ramai search engine yang baru ni pulak.
Link:-
www.cuil.com
|