Pidgin - instant messenger pelbagai network
Fuh, dah 6 hari aku tak update korang semua. Okey, jadi hari ni aku nak cerita pasal satu application yang bernama Pidgin. Pidgin ni ialah sebijik application untuk instant messenger (IM), alah, yang macam Yahoo! Messenger tu, macam MSN Messenger tu, macam ICQ tu. Tapi yang bestnya pasal Pidgin ni ialah korang boleh bukak semua akaun IM korang. Katakan korang ada akaun Yahoo! Messenger, MSN Messenger, dan ICQ, korang boleh bukak serentak tiga-tiga akaun tu dalam satu masa, hanya pakai satu application ni saja.
Untuk sesapa yang tak tau IM tu apa, korang boleh tanya kat tempat komen bawah tu.
Kenapa logo dia burung merpati? Sebab Pidgin tu kan sebutan dia macam pigeon (merpati dalam English), jadi, derang pakai la burung merpati sebagai logo derang.
Lepas tu, katakan la korang ni ada 2-3 akaun Yahoo!, korang boleh bukak dan online untuk ketiga-tiga akaun tu. Kalau pakai Yahoo! Messenger tu saja, korang boleh bukak satu je.
Untuk setakat ni, Pidgin ni boleh support banyak la jugak jenis IM yang ada kat internet tu:-
- AIM
- Bonjour
- Gadu-Gadu
- Google Talk
- Groupwise
- ICQ
- IRC
- MSN
- MySpaceIM
- QQ
- SILC
- SIMPLE
- Sametime
- XMPP
- Yahoo!
- Zephyr
Perkara yang paling aku suka pasal Pidgin ni ialah application ni laju. Dulu aku pakai Yahoo! Messenger, nak bukak punya la lembab, dah la bila dapat bukak tu ada iklan. Tapi pakai Pidgin, laju je waktu nak bukak. Lepas tu aku boleh bukak akaun Yahoo! aku, akaun MSN aku, dan akaun Google Talk aku. Jadinya kengkawan aku akan aku nampak aku online, tapi aku hanya pakai satu application je. Kalau tak kan dah kena pakai 3 application tu.
Kekurangan? Sebabkan dia ada support untuk macam-macam jenis network, jadi, kalau benda-benda special dekat network tu takde la. Contoh, macam pakai Yahoo! Messenger korang boleh buat “buzz” dan “Audibles” tu, dan benda background yang lawa tu. Tapi, takde la benda tu kat sini. Tapi Pidgin ada semua emoticon tak kira untuk network mana sekali pun. Emoticon yang tersorok pun dia ada, boleh klik je.
Dan paling best sekali, Pidgin ni open-source. Jadi, tak payah risau pasal nak kena bayar ke, risau ada spyware ke. Insya Allah dijamin selamat.
Nak download, pergi la ke website derang kat sini:
|
23 August 2008 @ 11.18PM
mcm mane nk log in?